Seperti yang anda tahu,kami HANYA beroperasi secara online.Tapi ada juga yang call dan ingin datang melihat barang dikedai.Maafla kami memang belum ada kedai,mungkin dalam perancangan.Ada juga yang email,berbunyi seperti ini "Saya nak buat pembayaran order tersebut,tapi saya macam tak yakin la"............OK,straight forward yang kami boleh jawab..."Kalo cik tak percaya dengan bisnes kami,tak perlu proceed order,kami tak paksa pun:.....Jika anda tak pernah beli online dan ini 1st time untuk anda,memang semua tokey online akan mintak deposit atau full payment sebelum proceed order.Jika anda boleh rasa was-was pada kami,kami pun ada perasaan seperti itu.Jadi biarlah win-win situation.Kemudian,ada yang ingin call,dan order COD.Maafla kami tak dapat nak entertain order COD memandangkan banyak kali juga kami berhadapan dengan order yang tidak dituntut.
Wedding Anis @ Restoran Nelayan
Wedding Liana @Restoran Zam zam Shah alam
Aqiqah Tengku @ Bandar Klang
Graduation Nite @ PKPS Shah alam
Majlis Berkhatan En zainal @ Puchong
1st Birthday Party Shafura @ Puchong
Tahun ini juga kami berjaya hampir 22 candy buffet di sekitar KL dan selangor.Alhamdulillah,semua berjalan lancar.Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis candy buffet kami dan ramai memberi pandangan bahawa harga candy buffet kami sangat murah berbanding orang lain.Hal ini kerana kami dapat harga borong dari pembekal dan kami ingin membantu orang lain untuk mendapat set candy buffet yang menarik dan mempunyai pelbagai set candies.Semua yang menyokong kami,kami ucapkan jutaan terima kasih.Kepada semua agen,terima kasih juga diucapkan.Nantikan promosi hebat dari kami penghujung bulan ini.